Arisha Express Delivery menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan secara "same-day delivery" @ "immediate delivery" dan menjamin setiap servis penghantaran barangan tidak mengambil masa lebih daripada tempoh satu hari.
Arisha Express Delivery dijalankan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor (HANYA KAWASAN TERTENTU SAHAJA). Kos setiap penghantaran akan mengambil kira jarak setiap penghantaran dilakukan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak Arisha Express Delivery di ;
AriSha Express Delivery telah memperuntukkan kawasan tertentu bagi memjamin kualiti penghantaran secepat mungkin dan efektif. Berikut adalah kawasan tersebut :
SELANGOR
Seluruh kawasan daerah :
-Daerah Kuala Selangor
-Daerah Hulu Selangor
-Daerah gombak
-Daerah Klang
-Daerah Petaling
-Daerah Hulu langat
-Daerah Kuala Langat
-Daerah Sepang
KUALA LUMPUR
-Seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
# setiap kawasan hanya tertakluk melalui capaian google maps SAHAJA
AriSha Express Delivery menyediakan khidmat penghantaran barang pada masa berikut :
Bermula 7.00 pagi sehingga 1.00 pagi
Setiap tempahan boleh dibuat pada masa seperti di atas dan pihak kami akan datang ke tempat anda serta-merta jikalau tiada tempahan/penghantaran sebelum anda.
Setiap tempahan perlu dibuat melalui telefon SAHAJA.
AriSha Express Delivery menerima pelbagai barangan untuk khidmat penghantaran daripada pihak kami.
- Dokumen, buku, majalah
- Pakaian eg. baju, kasut, topi dll
- Barangan elektrik bersaiz sederhana
- Barang2 yang sah di sisi undang-undang
Pihak Arisha Express Delivery tidak menerima barangan-barangan yang melanggar undang-undang dan berbahaya untuk servis penghantaran ini.
- Barang yang tidak dibenarkan undang-undang eg. dadah, syabu dll
- Minuman keras
- Bahan kimia, bahan letupan, bahan berbahaya
- Bahan-bahan lucah
- Tembakau, rokok
- CD, VCD, DVD cetak rompak
- Bahan senang rosak eg. ikan, soya
Arisha Express Delivery memberi jaminan:
-Setiap penghantaran dibuat dalam masa yang ditetapkan
-Penghantaran terus kepada Penerima
-Kualiti barang dijamin selamat (sealed)
Penghantaran yang gagal dibuat/rosak disebabkan masalah daripada pihak kami akan dibayar ganti rugi dan barangan tersebut akan dikembalikan kepada pelanggan.
Asas
- Setiap penghantaran TIDAK MENGAMBIL KIRA berat barangan asalkan barang tersebut dapat dibawa dengan motosikal SAHAJA.
-kos penghantaran terbahagi 2 iaitu:
1) Kos Pick-Up barangan di tempat anda.
2) Kos penghantaran barang dari A ke B.
1) Kos PICK-UP barangan di tempat anda
Dikira mengikut jarak tempat pengirim dengan tempat kami (seksyen 17, Petaling Jaya).
1 km - 10 km = RM5
10 km - 30 km = RM10
30 km & keatas = RM15
2) Kos penghantaran A ke B
Dikira mengikut jarak pengirim (A) dan penerima (B).
1 km - 10 km = RM1.40 per km
10 km - 20 km = RM1.20 per km
20 km & keatas = RM1.00 per km
Contoh Pengiraan:
Universiti Malaya, Pj - Universiti Islam Antarabangsa, Gombak *(25 km)
1) Kos Pick-up barang = RM5
2) Kos penghantaran A ke B:
10 km pertama = RM14.00
10 km kedua = RM12.00
5 km seterusnya = RM 5.00
------------------------------------------
jumlah 25 km = RM31.00
3) Jumlah keseluruhan= kos pick-up + kos A ke B
= RM5.00 + RM31.00
= RM36.00
*kiraan jarak mengggunakan google maps
Barangan yang tidak berjaya dihantar:
• Salah alamat / alamat tidak lengkap / penerima pindah
• Penerima tidak mengambil barangan ketika penyerahan
-Setiap barangan yang tidak berjaya dihantar atas sebab-sebab seperti di atas akan dikenakan bayaran 2 KALI GANDA dan barangan tersebut akan *DIKEMBALIKAN SEMULA kepada pengirim.
*ini bagi menjamin 100% penghantaran kepada penerima
AriSha Express Delivery memerlukan maklumat lengkap dari anda untuk membolehkan kami membuat penghantaran tepat ke destinasi dan penerima. Berikut maklumat yang diperlukan :
#Pengirim juga akan diberikan borang yang disediakan sebagai bukti menggunakan pengkhidmatan AriSha Express Delivery.
Antara barang yang boleh dihantar ialah:
-Bungkusan lembut/parcel
-Kotak
#Had dimensi maksimum kotak ialah 30cm lebar x 40cm panjang x 20cm tinggi.
#Setiap pelanggan dinasihati membalut bungkusan dengan baik sebagai perlindungan optimum.
-Bayaran haruslah dijelaskan oleh PENGIRIM semasa kutipan barang.