Asas
- Setiap penghantaran TIDAK MENGAMBIL KIRA berat barangan asalkan barang tersebut dapat dibawa dengan motosikal SAHAJA.
-kos penghantaran terbahagi 2 iaitu:
1) Kos Pick-Up barangan di tempat anda.
2) Kos penghantaran barang dari A ke B.
1) Kos PICK-UP barangan di tempat anda
Dikira mengikut jarak tempat pengirim dengan tempat kami (seksyen 17, Petaling Jaya).
1 km - 10 km = RM5
10 km - 30 km = RM10
30 km & keatas = RM15
2) Kos penghantaran A ke B
Dikira mengikut jarak pengirim (A) dan penerima (B).
1 km - 10 km = RM1.40 per km
10 km - 20 km = RM1.20 per km
20 km & keatas = RM1.00 per km
Contoh Pengiraan:
Universiti Malaya, Pj - Universiti Islam Antarabangsa, Gombak *(25 km)
1) Kos Pick-up barang = RM5
2) Kos penghantaran A ke B:
10 km pertama = RM14.00
10 km kedua = RM12.00
5 km seterusnya = RM 5.00
------------------------------------------
jumlah 25 km = RM31.00
3) Jumlah keseluruhan= kos pick-up + kos A ke B
= RM5.00 + RM31.00
= RM36.00
*kiraan jarak mengggunakan google maps
Barangan yang tidak berjaya dihantar:
• Salah alamat / alamat tidak lengkap / penerima pindah
• Penerima tidak mengambil barangan ketika penyerahan
-Setiap barangan yang tidak berjaya dihantar atas sebab-sebab seperti di atas akan dikenakan bayaran 2 KALI GANDA dan barangan tersebut akan *DIKEMBALIKAN SEMULA kepada pengirim.
*ini bagi menjamin 100% penghantaran kepada penerima
Category: